PRODUCT REVIEW – NUTOX

Hai semua!!! =)=)=)

Lama aku tak bersiaran kat blog ni. Konon janji last year nak update blog regularly tapi… nan hado! Dah kalau busy dengan FYP memanjang kan… (rolling eyes). Jadi, sementara menunggu aku publish entri-entri #throwback2016 makanya aku mulakan dengan review product lah yer dulu untuk permulaan tahun 2017 ni sebab belum ada cerita menarik lagi untuk aku ketengahkan.

*******************************

Dimulakan cerita aku mula bertukar produk ni akhir tahun lepas, 2016. Kulit aku ni jenis sangat berminyak walau jerawat jarang hinggap. Ramai orang cakap kulit aku elok je bukan berjerawat pun kenapa sibuk nak cari produk bagai. Habis tu kalau aku tak jaga sama jugak jadi teruk nanti. Apa korang ingat selesa ke muka yang terlalu berminyak ni? Kadang-kadang rimas tau sebab kita pun tak digalakkan terlampau kerap mencuci muka guna pembersih. So, apa yang aku selalu buat just lapkan je dengan kertas minyak tak pun guna wet tissue. Lagi satu masalah aku adalah kulit muka aku sensitif  dan tersangatlah cepat sunburn. Even baru keluar rumah kena matahari sikit pun dah terbakar. Bertambah haru lagi bila nak pulihkan kesan yang terbakar ni bukan sekejap boleh sampai tempoh 6 bulan baru pulih sepenuhnya. (Kalau betul pulih kalau tak. Kau rasa?)

Sebab utama aku nak bertukar produk adalah sebelum ni dah bermacam produk skincare tempatan yang kononnya menjanjikan glowing, putih gebu gebas tapi tak berkesan pada aku! Aku pakai tapi hasilnya tak memberangsangkan malah makin teruk. Muka aku yang dah sememangnya tak berapa nak putih makin hari makin gelap, kusam, pori makin besar dan paling teruk menggelupas sampai muka ni orang pandang macam ‘berpanau’ kesan berbelak sebabkan produk aku pakai tu tak sesuai dan lagi best ada merkuri. ahaa. Aku taknak mention nama produk-produk tu korang boleh search sendiri produk yang dilarang oleh KKM. Kebanyakkan produk tu aku pernah pakai. Dan macam yang korang dah sedia hadam bendanya sama je ada krim siang, krim malam dan sabun muka.

Lepas rasa bengang sangat sangat muka jadi makin teruk aku stop pakai apa-apa skincare dalam 4,5 bulan jugak nak bagi recovery konon tetap tak menyembuhkan pun tapi sekurang-kurangnya kita rehatkan muka dari sentuh produk yang bukan-bukan. Sejak dari tu, aku rajin baca review blogger lain pasal produk skincare yang berasaskan natural ingredients. Setelah bermacam-macam research aku gali untuk tahu produk apa yang sesuai aku terus fokuskan pada produk halal tanpa kandungan paraben dan alkohol. Maka, berjodohlah aku dengan Nutox ni dan Alhamdulillah kebanyakkan pengguna bagi feedback positif jadi aku pun terpengaruhlah kan..heee

n2

Gambar : Turutan penggunaan produk Nutox.

Aku tak guna semua pun produk ni, boleh kata mana yang basic je. Asal nak cuba serum je tapi end-up dengan pencuci muka sekali dengan toner. So, jom kita tengok produk-produk yang aku guna :

PRODUCT : Pre-Cleanser by NUTOX

n3

PRICE : MYR18.56*(200ml)

RE-PURCHASE : YES

Okay, pada aku pre-cleanser ni lebih kurang sama dengan cleansing milk The Face Shop yang aku guna. Teksturnya macam lotion warna putih tapi lebih light. Siapa yang tak biasa pakai mungkin rasa tak best (macam rasa berminyak sikit, sikit jelah lepastu kan nak cuci muka jugak). Sebab dah terbiasa pakai cleansing milk tu jadi tak ada masalah pada aku. Pre-cleanser ni tujuan dia nak hilangkan kesan make-up ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit muka kita. Biasa kita malas kan (macam aku la ni) main terus cuci je guna pencuci. Sebenarnya tak bersih sangat pun. Kalau tak percaya lepas korang dah cuci muka try kesat semula guna toner biasa yang korang guna mesti akan ada kesan kotor pada kapas. Pre-cleanser ni jugak boleh korang guna kat bahagian celah-celah yang sukar dibersihkan. Jangan lupa sapu sekali pada bahagian leher. Kadang-kadang aku sebat je guna benda ni jadi macam toner daki sapu kat kaki. hahahhh Puas hati kotoran keluar..! euwww~ Kesimpulannya, tak rugi beli walau mula-mula macam teragak-agak. Botol pun besar kira bolehlah tahan lama. XD

PRODUCT : Cleansing Foam by NUTOX

n4

PRICE : MYR17.94*(100ml)

RE-PURCHASE : YES

Aku paling kerap bertukar pencuci muka. Macam-macam jenis pernah pakai. Tapi aku sarankan korang stick dengan satu je sebab muka aku ni kebal dah kot pakai pencuci apa-apa pun tak jadi masalah. Cuma kalau pakai jadi pedih aku stop terus tapi jarang ada masalah untuk pencuci muka. Biasa aku akan pakai dua jenis pada satu-satu masa. Bila dah cuba banyak sangat pencuci yang sesuai dengan aku adalah jenis ‘foam’ sebab kalau pakai jenis gel aku rasa tak bersih masih rasa berminyak melekat pada muka (bergantung pada jenis kulit muka masing2). Pembersih muka Nutox ni teksturnya warna putih. Buih dia jenis light aje kalau sapu pada muka. Disebabkan sebelumnya dah pakai pre-cleanser jadi lepas cuci muka akan rasa lagi bersih. Aku selang-selikan pencuci muka ni dengan Perfect Whip SENKA (review akan datang).

n5

PRICE : MYR19.90*(125ml)

RE-PURCHASE : YES

Haaaa nak cerita… Toner Nutox ni lain sikit dari toner biasa kita guna tu. Biasa kan orang guna toner untuk tanggalkan make-up pastu baru cuci muka kan? Tapi yang ni tak, kita guna lepas cuci muka, tak payah kapas tak payah bilas bagai terus je spray (spray sikit je, tak payah banyak sangat). Mula pakai toner ni kulit muka aku jadi pedih-pedih gitu. Biasanya kalau pakai suatu produk tu jadi pedih atau panas aku akan stop. Tapi, kali ni aku tawakkal je sebab mungkin kesan daripada open pores lepas kena cuci. Maksudnya lepas je bersihkan muka lepas tu lap-lap sikit terus aku sembur toner ni tak sempat pores tu nak tertutup (patut tunggu dulu sekejap). hahah Tapi, dalam masa tiga minggu lebih lepas tu aku perasan yang muka aku dah tak berminyak sangat. yeay! Mula aku taklah letak harapan tinggi sangat pada produk ni. Bila baca semula rupanya toner ni antara salah satu penyebab boleh kurangkan masalah minyak pada muka. Alhamdulillah. Biar lambat janji berkesan. =)D

PRODUCT : Serum Concentrate by NUTOX

n6

PRICE : MYR59.37*(30ml)

RE-PURCHASE : YES

Yang ni paling menangis sekali nak beli. huaaa Sudahnya aku search harga apa-apa serum pun memang mahal rupanya. Tapi kalau nak dibandingkan harga produk tempatan (bukan dari drugstore) lebih kurang sama je. Sebab biasanya untuk satu set mesti cecah RM100++ kan (yang lebih mahal pun banyak). Nak taknak beli jugak janji yang ni terjamin selamat. Pakai lepas toner yang dispray meresap dalam kulit baru sapu serum ni. Biasa lepas mandi pagi tu terus pakai jangan tunggu lama-lama muka dah naik berminyak baru nak sapu. Rasa best bila pakai sejuk je. Muka akan jadi lebih segar kusam pun berkurang. Tapi kesannya mungkin lambat bertindak. hehehe Macam jenis kulit aku akan nampak kesan bila dah pakai lebih kurang sebulan/lebih. Orang lain dua minggu pun dah boleh nampak (jealous jealous). Jadi, mohon banyakkan bersabar dan bawak bertabah. Chill okay chill! =)P

PRODUCT : Moisturizer by NUTOX

n7

PRICE : FOC*(5ml)/MYR35.96*(50ml)

RE-PURCHASE : NO

Yeehaa! Ni dia datang  masalah utama aku. Orang yang muka berminyak paling susah nak cari moisturizer yang sesuai. Sebab makin kita pakai moisturizer makin jadi berminyak muka. Aku dah pakai benda ni hampir nak habis sebotol (kecik aje botolnya pun) tapi takde rasa best ke lembap ke ape ke. Aku rasa neutral je nak pakai boleh tak pakai pun tak apa. Maknanya aku masih belum jumpa yang sesuai. hahah Mujurlah ni free sample je kalau dah terbeli yang besar tak ke rugi. Tapi…, dalam kepala ni dah berkira-kira nak cuba moisturizer Safi Manggis. tehee Mana tahu menjadi kan boleh aku review untuk korang nanti tengok berkesan ke tak.

********************Tamat********************

P/s : Review ini adalah tidak berbayar sama sekali dan segala kandungan entri ini hanyalah pendapat peribadi aku je. Kang korang pakai tak jadi macam Fazura jangan salahkan aku. hahahah XB Sila cuba atas risiko sendiri okay. XOXO~

*pembelian pada harga diskaun

Love,

AkiraYang ❤

4 thoughts on “PRODUCT REVIEW – NUTOX

  1. arini first pakai nutox utk set muka kering…lps pakai ase mcm gatal muka…tp x lah teruk…sbb sy dah 3 hari sblm pakai ni kena resdung yg kuat…mybe sbb resdung saya kot muka jd gatal…

    Like

  2. salah tu dek. toner bukan untuk cuci mekap..toner digunakan selepas muka tu sudah di cuci..pastu bru guna toner..klu ad serum, guna serum slpas toner😊mmg begitu penggunaannya xkra ap prduk skli pun..dh ditakdirkn bgtu

    Like

Leave a comment